PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 4 petang ini.
“Tiada perutusan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
“Hentikan menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat,” katanya menerusi laman Facebook. -K! ONLINE