fbpx

Balu rider Grabfood OKU dibantu Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amisah menunjukkan gambar arwah suaminya yang terlibat dalam kemalangan sewaktu menghantar pesanan makanan Grabfood, Ahad lalu.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang kini sarat mengandung lima bulan terpaksa meneruskan hidup dengan bantuan Pertubuhan Jabatan Sosial (Perkeso) selepas suaminya yang juga OKU meninggal dunia ketika menghantar pesanan makanan Grabfood pada Ahad lalu.

Suaminya, Zulkifli Musiran, 40, seorang OKU pendengaran dan bisu meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan sebuah motosikal di bulatan Dataran Klebang.

Amisah Mohd. Isa, 34, yang merupakan OKU pendengaran dan bisu menyatakan, dia bagaimanapun bersyukur apabila dapat membesarkan empat orang anak berusia empat hingga 10 tahun dengan bantuan Faedah Orang Tanggungan.

Faedah itu di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dengan bantuan sebanyak RM945 dan Faedah Penakat RM549 sebulan menerusi Pertubuhan Jabatan Sosial (Perkeso).

“Sebelum ini, semasa arwah ada, sepanjang usia perkahwinan selama 11 tahun, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan sanggup bekerja sebagai penghantar rider Grabfood untuk menyara keluarga selepas berhenti kerja sebagai jurukimpal setahun lalu.

“Sukar nak percaya dia pergi terlalu awal, dengan anak-anak kami yang masih kecil, namun saya reda dan dengan sokongan ahli keluarga serta bantuan Perkeso ini saya akan terus bersemangat membesarkan anak-anak,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Jalan Malim Bachang di sini hari ini.

Amisah turut dikunjungi Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Senergi, Ismail Abi Hashim yang hadir bagi menyampaikan faedah Perkeso berkenaan.

Mengulas lanjut, Amisah memberitahu dia bersyukur kerana arwah suami telah membuat caruman Perkeso dan sekurang-kurangnya wang faedah yang diterima dapat mengurangkan beban mereka sekeluarga lebih-lebih lagi persiapan untuk anak kelima yang akan lahir tidak lama lagi.

“Alhamdulillah syukur dengan keperihatinan pihak berkenaan membantu dan menghulurkan sumbangan untuk membantu kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu Razak berkata, Amisah yang merupakan waris keluarga mangsa menerima turut menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM,2,000.

“Jumlah keseluruhan pencen bulanan bagi kedua-dua skim yang layak diperolehi waris sebanyak RM1,494 sebulan.

“Kita berharap ahli keluarga mangsa tabah dan Perkeso juga akan terus berhubung dengan mereka bagi mengetahui keadaan dan keperluan keluarga ini dari semasa ke semasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI