fbpx

Xavi akui kecewa kenang nasib Jules Kounde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOUNDE masih belum dapat didaftarkan oleh Barcelona kerana mereka terikat dalam menstabilkan struktur kewangan kelab itu. – AFP

BARCELONA – Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez meluahkan kekecewaan terhadap situasi yang sedang dialami kelab itu apabila terus bergelut untuk mendaftar pemain yang baru dibeli, Jules Kounde.

The Catalans ketika ini sudah berjaya mencari dana untuk mendaftar empat pemain baharu yang lain seperti Robert Lewandowski, Raphinha, Franck Kessie dan Andreas Christensen.

Ia juga membolehkan gergasi Sepanyol itu melanjutkan kontrak baharu Ousmane Dembele dan Sergi Roberto untuk membolehkan kesemua mereka sempat bermain dalam dua aksi La Liga setakat ini.

Difahamkan, Barcelona hanya memerlukan €20 juta (RM89.26 juta) lagi untuk membolehkan mereka mendaftar Kounde yang dibeli dari Sevilla pada harga €55 juta (RM245.46 juta), dalam tempoh 10 hari sahaja lagi.

Jika tidak, Kounde yang dilaporkan sudah hilang sabar, boleh mencari kelab baharu secara percuma sebaik jendela perpindahan tutup hujung bulan ini.

“Saya tidak runsing kalau pemain tidak mahu berhijrah ke­rana ini melibatkan masa depan mereka. Apa yang saya kecewa ialah Kounde sepatutnya sudah boleh bermain dan menjadi sebahagian pasukan ini.

“Jangan salah faham, pihak pengurusan telah melakukan yang terbaik. Cumanya, saya mahu pemain yang dibeli dapat bermain jika tidak, buat apa kami beli.

“Semua orang memahami si­tuasi kelab sekarang dan mereka sedang berusaha menyelesaikannya. Kita tunggu sehingga minggu depan, mungkin ada berita yang lebih baik,” kata Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN