fbpx

SPAN tingkat kesedaran antirasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razim (dua dari kanan) dan Ahmad Faizal (dua dari kiri) menandatangani MoU di sambil disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Air Dan Pembetungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dr. Ching Thoo Kim (kiri) dan Izani (kanan) - Foto IHSAN SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) semalam bagi memperkukuh aspek khidmat rundingan, pembangunan modul latihan dan program kesedaran.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, kerjasama itu akan memperkukuhkan sistem tadbir urus dan memantapkan agenda integriti SPAN.

Beliau berkata, MoU itu juga akan memacu SPAN untuk menjadikan industri perkhidmatan air negara berada pada tahap terbaik daripada segi tadbir urus dan antirasuah.

“SPAN juga akan memastikan pelaksanaan beberapa inisiatif-inisiatif antirasuah seperti Pelan Anti Rasuah SPAN 2021-2025, ABMS 37001:2016: Anti Bribery Management System serta Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Bagi Pemegang Lesen & Agensi Perakuan Industri Perkhidmatan Air,” katanya.

Pada masa sama, katanya, SPAN sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya kepada sistem online seperti E-Claps, E-KWSMP dan E-Registration bagi mengurangkan interaksi terus di antara pelanggan dan kakitangan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan (BPMP) SPRM, Datuk Izani Wan Ishak berkata, beliau turut mengingatkan syarikat dan operator industri perkhidmatan air agar tidak melakukan rasuah dalam apa-apa jua bentuk, termasuk bayaran kemudahan dalam memberi perkhidmatan atau memperoleh apa-apa faedah kepada syarikat.

“Saya ingin memberi peringatan bahawa bayaran kemudahan atau dikenali juga sebagai wang pelincir meliputi pembayaran yang dibuat kepada pegawai untuk mendapat atau mempercepatkan perkhidmatan rutin yang perlu disediakan oleh pegawai.

“Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Utara membenarkan bayaran kemudahan, namun di Malaysia ia adalah satu bentuk kesalahan rasuah.

“Dengan penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 pada 1 Jun 2020, perkara ini boleh menyebabkan syarikat dan pengurusan syarikat didakwa kerana rasuah,” katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau menegaskan bahawa industri air berisiko tinggi berdepan penyelewengan dan rasuah kerana industri ini melibatkan perolehan awam yang merupakan bidang yang paling berisiko tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI