fbpx

Lamborghini Aventador, Mazda CX-5 terbakar selepas berlanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah Lamborghini Aventador merempuh kereta Mazda sebelum kedua-duanya terbakar. – Men Media

LONDON – Sebuah ‘super car’ jenama Lamborghini berharga £270,000 (RM1.4 juta) terbakar apabila bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV), Mazda CX-5 dalam kemalangan di sebuah lebuh raya di Britain, lapor akhbar The Sun.

Insiden semalam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas terhenti sepanjang lebih 9 kilometer.

Perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian selepas kereta Lamborghini Aventador merempuh Mazda tersebut sebelum kedua-duanya terbakar.

Beberapa kenderaan pasukan kecemasan termasuk ambulans, polis dan jentera bomba menghalang  jalan raya ketika anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Van forensik turut dilihat di lokasi kejadian dengan lebuh raya M62 arah barat ditutup sehingga waktu petang.

“Pada pukul 5.11 petang (waktu tempatan), polis mendapat laporan mengenai dua kenderaan yang bertembung di M62 arah barat.

“Dua orang yang berada di dalam Lamborghini tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tiada kecederaan lain dilaporkan dan siasatan masih dijalankan.

“Jalan tersebut ditutup buat masa ini dan pemandu dinasihatkan mengelak daripada melalui kawasan itu,” kata jurucakap Polis Yorkshire Barat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI