fbpx

‘Robin Hood’ Delhi ditahan, hadapi 160 pertuduhan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akram mendapat sokongan penduduk tempatan yang akan memberitahunya mengenai pergerakan polis. - Getty

NEW DELHI – Seorang lelaki yang digelar ‘Robin Hood’ di New Delhi, India ditahan selepas didakwa mengetuai sekumpulan 25 lelaki melakukan 160 jenayah, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Wasim Akram dan anggota kumpulannya merompak rumah-rumah mewah, mencuri wang tunai dan barang kemas. Dia kemudian memberikan sebahagian hasil rompakan mereka kepada golongan miskin, kata polis di ibu negara India.

Akram dan kumpulannya didakwa telah menyimpan banyak keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Pasukan polis mendakwa bahawa Akram yang juga dikenali sebagai Lambu (Lofty) melakukan 160 jenayah termasuk cubaan membunuh dan merogol.

Polis berkata, sebuah ruang penjara khas dibina untuk menahan lelaki berusia 27 tahun itu. Dia ditangkap pada Jumaat lalu selepas polis memburunya selama empat bulan.

Polis menuduh Akram melepaskan tembakan ke arah mereka semasa cubaan menangkapnya pada Jun lalu.

Suspek dikatakan membawa sepucuk pistol bersama tiga kelongsong peluru hidup ketika dia ditahan.

“Penjenayah tegar akan kerap menukar tempat persembunyian di beberapa negeri di India, kata pasukan polis dalam satu kenyataan.

Oleh kerana memberi sumbangan kepada orang miskin, Akram mendapat sokongan masyarakat tempatan yang akan memberitahunya mengenai pergerakan polis sehingga membolehkan dia lolos untuk sekian lama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI