fbpx

Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu RM90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri ditahan di Pejabat SPRM Johor Bahru, Johor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu hampir RM90,000, empat tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan tuntutan palsu hampir RM90,000 kepada sebuah jabatan, empat tahun lalu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pada pukul 11.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek wanita yang merupakan pegawai daripada jabatan sama telah bersubahat dengan suaminya untuk membuat tuntutan berkaitan perkhidmatan mengambil dan menghantar pelajar sekolah pada tahun 2019 dan 2020.

Wanita itu menggunakan invois daripada sebuah syarikat pengusaha van untuk membuat tuntutan palsu sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI