fbpx

Jurutera wanita rugi RM261,000, ditipu pelaburan kupon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang jurutera wanita terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian sehingga kerugian RM261,000 melibatkan pelaburan kupon yang tidak wujud.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, mangsa yang berusia 40 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu, kelmarin.

Menurut beliau, mangsa memaklumkan telah berkenalan dengan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan melalui aplikasi Tinder.

“Pada pertengahan Julai lalu, mangsa telah diperdaya membeli kupon yang dijual suspek dimana mangsa dijanjikan mendapat pulangan modal dan komisen lima peratus dalam tempoh 30 minit pembelian dibuat.

“Mangsa menggunakan wang simpanannya telah melakukan 17 transaksi pemindahan wang secara atas talian ke dalam beberapa akaun bank yang diberikan suspek dengan nilai keseluruhan berjumlah RM261,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Fariz Ammar, mangsa turut memberitahu dia diberikan satu pautan ‘website’ untuk melihat keuntungan yang bakal diperoleh namun pautan berkenaan tidak dapat diakses.

“Mangsa hanya menyedari telah menjadi mangsa penipuan sindiket dalam talian selepas suspek gagal dihubungi.

“Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Fariz Ammar turut mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mudah terpedaya dengan orang tidak dikenali yang berurusan melalui platform media sosial . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI