fbpx

Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Indonesia tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fauzi (tengah) menunjukkan dokumen palsu dan wang tunai yang dirampas daripada sindiket.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Satu sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Indonesia ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) susulan serbuan di sekitar Lembah Klang awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.20 pagi itu, JIM menyerbu lima premis sebelum menahan 33 orang warganegara Indonesia masing-masing 22 lelaki dan sembilan wanita.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Mohamad Fauzi Md. Isa berkata, daripada kesemua yang ditahan, empat adalah dalang sindiket berusia 25 hingga 41 tahun manakala, selebihnya adalah pelanggan yang sedang berurusan.

Beliau berkata, sindiket didapati sudah setahun beroperasi dan menyasarkan warganegara Indonesia yang ingin pulang ke negara asal.

“Sindiket mempunyai kepakaran dalam menyediakan pelbagai dokumen palsu dan cop-cop imigresen palsu serta turut menyediakan perkhidmatan penghantaran pulang ke negara asal berbekalkan dokumen palsu berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI