fbpx

Rumah bapa R.Surendran musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
D. RAVINDRAN (dua dari kiri) ditemani anaknya R. Surendran (tiga dari kiri) meninjau keadaan rumahnya yang musnah terbakar di Ladang Triang di Bera hari ini.

BERA – Dua buah rumah termasuk rumah bapa kepada bekas pemain bola sepak Pahang, R. Surendran musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Ladang Triang di sini semalam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu.

Mangsa D. Ravindran,57, berkata, dia yang berada di dalam rumah dan terdengar bunyi bising pada mulanya hanya menyangka ular masuk ke rumah jirannya.

“Lepas lima minit, baru saya keluar rumah dan tengok api sudah mula marak bermula daripada rumah jiran.

“Tanpa fikir panjang saya masuk ke dalam rumah capai beg duit, telefon bimbit dan buku bank, itu sahaja yang saya sempat ambil, mujur saya sempat alih kereta dan motosikal di kawasan selamat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ravidran, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM10,000 termasuk wang tunai dan dua buah basikal yang tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, Surendran, 35, berkata, bapanya menetap di rumah tersebut sejak 16 tahun lalu, dan kejadian ini sudah pasti memberi kesan kepada bapanya.

“Buat sementara waktu ini, ayah akan tinggal di rumah saya sebab rumah ayah pun memang tidak boleh hendak duduk, walaupun bahagian depan (rumah batu) masih kukuh tapi bahagian belakang musnah sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam pada itu seorang lagi mangsa, R. Chandira Sekeran, 74, berkata dia tergamam dan panik seketika dengan kejadian kebakaran itu yang berlaku depan matanya.

Katanya, semasa kejadian dia yang turut mengusahakan kedai runcit di rumahnya tidak menyedari kejadian kebakaran sehinggalah dimaklumkan oleh pemandu lori yang menghantar barang ke kedai runcitnya.

“Pemandu lori yang beritahu nampak api, kemudian saya dan isteri terus masuk ke dalam rumah untuk cuba padamkan api tetapi api cepat marak sebab rumah kayu. Nasib baik ada dua orang penduduk di sini masuk dan bawa kami termasuk ibu mertua saya keluar ikut pintu belakang,” katanya.

Katanya, dia dan isteri tergamam dengan kejadian ini kerana apa yang diusahakan selama 42 tahun di sini musnah sekelip mata.

Chandira Sekeran berkata, dia menganggarkan kerugian sebanyak RM116,000 dari segi wang tunai dan stok barangan, manakala ibu mertuanya, S. Kandaiyaee kehilangan barangan kemas bernilai hampir RM40,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI