fbpx

Bekas guru mengaku salah cederakan pelajar 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh menutup muka sebaik keluar dari Mahkamah Majistret Rembau hari ini. - NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang bekas guru lelaki didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret Rembau di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas pelajar berusia 13 tahun di Dewan Agora di sini pada Jun lalu.

Majistret Kartini Kasran menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Siow Chu Lee, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas remaja lelaki itu di telinga dan bahu kiri dengan menggunakan penggelek cat sebagai senjata untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian pada pukul 2.10 petang, 20 Jun lalu bertempat di tepi Dewan Agora.

Bagi kesalahan itu, Chu Lee didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman hukuman itu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara datang ke arah mangsa dan bertanya serta memarahi remaja itu kerana mengganggu anaknya di sekolah.

Pada masa sama, dia memukul mangsa dengan penggelek cat yang dibawa bersamanya.
Mangsa kemudian lari ke Balai Polis Rembau bagi membuat laporan kerana telinga kiri berdarah selain kesan merah di bahu kiri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh diwakili peguam R Jayaprakash.

Jayaprakash dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh juga permohonan maaf tertuduh kepada semua pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI