fbpx

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Abdul Halim

KOTA BHARU – Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melalui satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Menurutnya, Abdul Halim meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira pukul 3.40 petang tadi.

“Allahyarham merupakan tokoh yang sangat berjasa kepada negeri Kelantan khususnya sebagai antara tokoh penting bermula pentadbiran kerajaan negeri dibawah Dasar Membangun Bersama Islam.

“Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula 1990 sehingga 2004. Allahyarham berkhidmat sebagai wakil rakyat bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggol 1986 hingga 1995, ADUN Kijang (1995 – 2004) dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (2004 – 2013),” katanya.

Ahmad memberitahu, kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Abdul Halim.

Katanya, beliau mendoakan agar Allahyarham diangkat darjatnya dalam kalangan orang-orang beramal soleh dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN