fbpx

27 leka berhibur dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. PADZLI

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Seramai 27 pelanggan yang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, dekat sini ditahan polis pada Ops Hiburan Bersepadu malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, serbuan dijalankan sepasukan pegawai serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bersama sepasukan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kesemua pengunjung berusia 24 hingga 50 tahun dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi penjarakkan fizikal seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP).

“Hasil pemeriksaan terhadap pengunjung yang terdiri daripada 13 lelaki dan 14 wanita tempatan mendapati mereka leka berhibur tanpa menghiraukan sebarang penjarakkan fizikal dan SOP yang digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Polis turut menahan seorang lelaki berusi 26 tahun yang dipercayai merupakan pengurus premis tersebut kerana telah gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, pihak penguatkuasa MBJB juga telah mengambil tindakan susulan dengan menyita dan merampas barang-barang di dalam premis berkenaan atas sebab lesen perniagaan yang tidak sah.

Katanya, kesemua pengunjung termasuk seorang pengurus premis tersebut telah dibawa ke IPD Johor Selatan untuk dikeluarkan kompaun di bawah perkara 10 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum dibawah peraturan 11(1) peraturan yang sama.

“Setelah selesai urusan kompaun, kesemua OKK (Orang Kena Kompaun) telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

“Pihak polis IPD Johor Bahru Selatan menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang ditetapkan. Sebarang maklumat, orang ramai boleh hubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI