fbpx

Xinyi Solar tambah pelaburan 1.5 bilion di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mashitah Ismail (kiri) bertukar dokumen dengan Sin Ket Hin sambil diperhatikan Sulaiman Md. Ali pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah Industri di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Kerajaan negeri menerima peleburan baharu berjumlah RM1.5 bilion menerusi Syarikat Xinyi Solar (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi memperluaskan perniagaan di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin dekat sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, syarikat yang mula bertapak sejak 2014 dengan nilai pelaburan RM2 bilion itu telah membeli hartanah baharu seluas 38.72 hektar.

Menurutnya, pelaburan itu bagi tujuan meningkatkan keluasan kilang dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi selepas pandemik Covid-19.

“Melalui pelaburan tersebut ia bakal membuka peluang pekerjaan antara 300 hingga 500 orang, sebelum ini mereka juga telah menyediakan peluang pekerjaan lebih 3,000 orang.

“Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Xinyi Solar yang telah bersetuju untuk bekerjasama dan melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah Industri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sulaiman menandatangani dokumen dan pertukaran perjanjian bersama Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Datuk Sin Ket Hin disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Ketua
Pegawai Eksklusif PKNM, Datuk Mashitah Ismail.

Tambah Sulaiman, kerajaan negeri berharap melalui pelaburan tersebut akan dapat menarik minat dan keyakinan pelabur-pelabur lain untuk memilih Melaka sebagai destinasi pelaburan terunggul, selari dengan Hala Tuju Pembangunan Negeri Melaka 2035.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI