fbpx

14 operator kilang terhidu asid hidroklorik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN HAZMAT menjalankan kerja-kerja pengasingan dan pembersihan di lokasi kejadian di sini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seramai 14 operator kilang pembuatan produk kecantikan dan kebersihan diri di Kampung Jawa, Bayan Lepas di sini dilaporkan terhidu bau asid hidroklorik yang tumpah ke lantai sebuah bilik makmal petang tadi.

Kesemua mangsa terdiri 13 wanita dan seorang lelaki itu telah dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran pada pukul 1 petang tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.08 petang tadi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di tempat kejadian mendapati satu bekas yang mengandungi asid hidroklorik berjumlah satu liter telah jatuh di atas lantai dan pecah di dalam sebuah bilik makmal.

“Seramai 13 mangsa dilaporkan terhidu asid tersebut manakala seorang lagi mangsa terkena percikan bahan kimia tersebut.

“Semua mangsa telahpun dibawa ke klinik berhampiran oleh pihak syarikat terbabit dan semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, kerja-kerja pengasingan serta pembersihan sedang dijalankan di lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI