JAKARTA – Sebuah hantaran yang memaparkan usaha seorang lelaki mencari calon isteri menjadi tular di media sosial kerana kriteria yang digariskan menyebut bahawa dia sama sekali tidak suka kepada janda, lapor laman berita Berita Hits semalam.
Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Twitter, lelaki berbaju kuning itu memberitahu hasratnya untuk mencari calon isteri tetapi meletakkan beberapa syarat utama.
Syarat-syarat tersebut termasuk calon isterinya perlu berusia 20 hingga 25 tahun dan seorang gadis.
“Maaf saya tidak menerima janda. Saya antijanda,” tulisnya.
Turut dinyatakan adalah calon isterinya perlu memiliki kewangan yang kukuh dan sekurang-kurangnya bekerja sebagai pegawai kerajaan.
“Supaya boleh memberi wang kepada saya,” katanya.
Tidak dinyatakan sama ada hantaran itu adalah asli atau sengaja direka pihak tertentu namun, ia menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
“Buat yang ketawa, semoga jodoh anda begini,” kata seorang netizen. – Agensi