fbpx

Kematian misteri lebih 190 tan ikan di Sungai Oder disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden ini berlarutan sejak satu setengah minggu lalu menyaksikan ;ebih 190 tan ikan mati di Sungai Oder. - Straits Times

BERLIN – Pekerja di Sungai Oder yang mengalir melintasi  sempadan Poland-Jerman telah mengumpulkan  lebih 190 tan ikan mati, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Angka tersebut dilaporkan selepas hampir dua minggu satu setengah minggu insiden kematian ikan secara besar-besaran itu mula dikesan.

Pasukan bomba Poland menemui 158 tan bangkai ikan dari Oder dan sungai lebih kecil setakat ini.

Sungai Ner yang lebih kecil, turut menjadi lokasi ikan mati ditemui terapung di permukaan air.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 36 tan ikan mati telah ditemui di sebuah negeri Jerman setakat ini, demikian menurut anggaran awal oleh kementerian alam sekitar negeri Brandenburg.

Pihak berkuasa di kedua-dua belah Sungai Oder masih berusaha untuk mencari punca kematian besar-besaran itu.

Saintis-saintis bagaimanapun  mengesyaki pembiakan pesat alga tertentu menjadi puncanya. 

Menteri Alam Sekitar Poland, Anna Moskwa mengumumkan siasatan intensif tentang bagaimana mikroorganisma itu dapat memasuki sungai.

Sementara itu, sebuah makmal di Brandenburg mengesan tahap racun makhluk perosak yang berlebihan di dalam air sungai.

Kepekatan racun makhluk perosak yang berlebihan selama beberapa hari sudah tentu memberi kesan kepada haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI