fbpx

MIC tangguh Konvensyen peringkat negeri susulan peningkatan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (duduk, kanan).

Oleh ASLIZA MUSA

TAPAH – Konvensyen MIC peringkat negeri ditangguhkan hingga satu tarikh lain susulan peningkatan wabak Koronavirus (Covid-19).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, konvensyen berkenaan dijadualkan bermula hari ini sehingga 8 Oktober depan bermula dengan Perlis, Kedah dan Perak.

Katanya, keputusan itu selari dengan langkah UMNO yang turut menangguhkan mesyuarat serta persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian UMNO.

“Presiden MIC (Tan Sri S. A. Vigneswaran) telah mengarahkan agar semua mesyuarat di peringkat negeri dan pusat ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu.

“Oleh itu, Konvensyen MIC peringkat negeri yang sepatunya bermula hari ini juga terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) Kursus Asas Jahitan Pengenalan dan Kursus Penggunaan Mesin Jahit Tepi di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam memaklumkan mesyuarat dan persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian UMNO ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Ahmad, keputusan tersebut ekoran peningkatan jumlah jangkitan akibat Covid-19 yang mencecah 260 kes semalam iaitu kedua tertinggi sejak penularan wabak tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI