fbpx

MSN nafi anak tirikan sukan taekwondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SHAPAWI

PETALING JAYA – Majlis Sukan Negara (MSN) menafikan badan induk itu memiliki kuasa untuk bertindak menggugurkan sesuatu jenis sukan daripada dianjurkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Kemelut itu timbul selepas sukan taekwondo tidak disenaraikan pada SUKMA MSN 2022 yang akan diadakan di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 24 September ini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, keputusan memilih acara-acara sukan di setiap temasya SUKMA diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan dan dianggotai Pengerusi Majlis-Majlis Sukan Negeri termasuk Sarawak dan beberapa pemegang taruh sukan yang lain seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Institut Sukan Negara (ISN).

Menurut Shapawi, beberapa sukan pilihan lain boleh dicadangkan tuan rumah SUKMA dan mesti dipersetujui majoriti negeri-negeri untuk dipertandingkan yang dipraktikkan sejak sekian lama.

“Taekwondo digugurkan daripada senarai sukan teras MSN oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada 11 Disember 2017 ekoran permasalahan wujudnya beberapa badan induk yang mengawal sukan berkenaan

“Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN pada 12 Disember 2017 telah memperakukan keputusan itu dan memutuskan status taekwondo sebagai sukan teras akan hanya dibincangkan setelah kemelut badan induk sukan berkenaan diselesaikan.

“Bagaimanapun, taekwondo masih boleh disenaraikan dalam kategori sukan pilihan yang memberikan kelebihan kepada tuan rumah dengan persetujuan majoriti negeri-negeri yang lain.

“Cuma bezanya taekwondo tidak disenaraikan oleh tuan rumah asal Johor sekali gus tidak tersenarai bagi SUKMA MSN 2022 yang mengambil alih pengelolaannya dari Johor,” menurut kenyataan MSN.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama taekwondo tidak akan dipertandingkan sebagai salah satu jenis sukan di pentas SUKMA sejak ia diperkenalkan 34 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI