fbpx

Khairy ke Thailand teliti dasar kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – Lawatan kerja Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke Thailand hari ini antara lain bagi melihat sendiri dasar penggunaan kanabis dalam kesihatan dilaksanakan negara berkenaan.

Ketika berada di sana, Khairy akan membuat lawatan ke Pejabat Farmaseutikal Kerajaan (GPO) selain diberi taklimat mengenai amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis dan ketum bagi tujuan kesihatan di Thailand.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan akhbar berkata, Khairy berada di Thailand sempena lawatan kerja tiga hari bagi memenuhi jemputan Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Menurutnya, Khairy juga dijadual menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kesihatan dan Ekonomi (High Level Meeting on Health and Economy HLMHE) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok pada 25 Ogos ini.

“Dalam rangka lawatan kerja rasmi itu, Khairy dijangka akan mengadakan pertemuan dengan pemain penting dalam industri kanabis dan ketum di Thailand selain mengunjungi Siam Cannabis Land, di mana beliau akan melihat kaedah penanaman di dalam dan luar premis, rumah hijau dan bilik pengeringan.

“Selain itu, beliau dan delegasi akan membuat lawatan ke Bumrungrad International Hospital, iaitu antara hospital swasta terbesar di Asia Tenggara dan juga Institut Psikiatri Somdet Chaopraya bagi melihat perkhidmatan kesihatan mental dan kaedah rawatan yang diberikan kepada pesakit,” katanya.

Katanya, menerusi lawatan sama, KKM juga berpeluang meneroka potensi penggunaan kanabis dan ketum dalam bidang kesihatan serta merangka strategi kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI