fbpx

Perak, Kelantan antara 8 negeri alami ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Muallim, Perak dan Gua Musang, Kelantan serta Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin di Pahang.

“Ia turut melibatkan keseluruhan kawasan di Melaka, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Bagi di Johor pula, hujan lebat diramalkan melanda Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak meliputi Kuching, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Limbang.

Seterusnya di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitanq dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlanjutan sehingga pukul 6 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI