fbpx

KPM terima 19 aduan sejak portal aduan buli dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Radzi menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran DELIMa: Agenda Digital Kita di SMK Putrajaya Presint 8 (1) di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Sebanyak 19 aduan berkaitan kes buli di sekolah diterima oleh Kementerian Pendidikan (KPM) selepas portal aduan buli dilancarkan pada Khamis lalu.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, daripada jumlah tersebut sebanyak 16 aduan diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) manakala tiga lagi aduan melalui aplikasi WhatsApp.

“Kita turut terima lima panggilan menerusi telefon tetapi ia bukannya aduan (kes buli), tetapi hanya pertanyaan serta dua lagi panggilan menerusi telefon bimbit.

“10 lagi pertanyaan di aplikasi WhatsApp. Itu merupakan data terkini selepas kita lancarkan portal aduan buli pada minggu lepas,” katanya pada pemberita di sini tadi.

Terdahulu, beliau melancarkan Platform Pembelajaran Digital KPM Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa): Agenda Digital Kita.

Mengulas lanjut, katanya, ibu bapa serta pemegang taruh sektor pendidikan melihat platform itu bukan sahaja untuk membuat aduan tetapi mengajukan pertanyaan serta memberi maklum balas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI