KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Nur Fazura Sharifuddin selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini.
Fazura yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin mengumumkan berita gembira itu di laman sosial Instagramnya sebentar tadi.
Melalui catatan di laman sosialnya itu, Fazura memberitahu akan merahsiakan nama dan wajah anaknya itu selama tujuh hari bagi mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Insya-Allah.
Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan,” tulisnya. – K! ONLINE