fbpx

Kapal tangki Rusia ditahan bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki dari Rusia yang ditahan selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 23.6 batu nautika timur laut Tanjung Siang petang semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki dari Rusia ditahan selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 23.6 batu nautika timur laut Tanjung Siang petang semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata kapal berkenaan ditahan pada pukul 3 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.

“Kapal tangki tersebut dikendalikan 19 kru lelaki dan dua wanita termasuk nakhoda berumur lingkungan 32 hingga 62 tahun kesemuanya warga Rusia serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Nakhoda kapal tangki terbabit telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Maritim Malaysia Negeri Johor akan terus memantau dan memastikan perairan negeri Johor bebas dari sebarang cubaan bersauh secara haram. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI