fbpx

2,500 rumah mampu milik di Bandar Amanjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua dari kiri) pada Majlis Pecah Tanah Perbandaran Mampu Milik Darulaman Lagenda di Bandar Amanjaya, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Lebih 2,500 unit rumah mampu milik untuk golongan B40 dan M40 akan dibina menerusi Projek Perbandaran Mampu Milik Darulaman Lagenda di Bandar Amanjaya di sini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, projek perumahan itu diusahakan oleh syarikat BDB Lagenda Sdn.
Bhd. (BDB Lagenda) iaitu syarikat usaha sama antara Bina Darulaman Berhad dan Lagenda Properties Berhad (LPB).

“Projek ini akan dibangunkan di kawasan seluas 93 hektar di lokasi strategik berdekatan bandar Amanjaya di sini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM593 juta.

“Ia merupakan konsep pertama yang mengkhususkan pembinaan mampu milik berbanding tiga perbandaran sebelum ini iaitu Bandar Darulaman, Darulaman Perdana dan Darulaman Utama,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Perbandaran Mampu Milik Darulaman Lagenda di Bandar Amanjaya di sini hari ini.

Kata beliau, sebanyak 282 unit rumah teres satu tingkat akan dibina dalam pembangunan fasa satu dan akan dijual pada harga antara RM198,000 hingga RM 250,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

“Saya yakin projek perbandaran ini akan menjadi penanda aras kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri sendiri dan juga pemaju perumahan yang lain dalam merangka projek perumahan di seluruh negeri ini,” katanya.

Tambahnya,  berdasarkan statistik di Kedah, jumlah rumah telah melebihi bilangan ketua isi rumah tetapi terdapat sebahagian besar penduduk yang belum memiliki walau sebuah rumah.

“Situasi ini memberi maksud bahawa ada pihak yang berpendapatan lebih baik, memiliki dua atau tiga rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan tetapi ada keluarga yang langsung tiada rumah lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI