fbpx

Kampung Teladas diserang 16 ekor gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penduduk menunjukkan tapak kaki gajah liar yang memusnah kebun kelapa sawit, getah dan kelapa pandan milik mereka pada Rabu lalu di Kampung Teladas, Air Putih, Kemaman hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Seramai kira-kira 2,000 penduduk Kampung Teladas, Air Putih di sini dalam kebimbangan apabila sering diganggu sekumpulan gajah liar sejak dua tahun lalu.

Tambah membimbangkan kumpulan gajah liar yang dianggarkan berjumlah 16 ekor itu bukan sahaja memusnahkan tanaman penduduk malah semakin menghampiri kawasan penempatan sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk, Mokhtar Junuh, 64, berkata, paling terbaharu, kebun kelapa sawit, getah dan kelapa pandan yang diusahakan 30 penduduk telah musnah dikerjakan kumpulan gajah liar itu pada kelmarin.

“Kumpulan gajah itu keluar dari hutan berhampiran seawal pukul 8 malam. Saya dengar dengan jelas bunyi teriakan gajah dari dalam rumah tetapi tidak berani untuk keluar kerana bimbangkan keselamatan diri.

“Banyak tanaman kelapa sawit, getah dan kelapa pandan termasuk di kebun saya sendiri musnah melibatkan kerugian keseluruhan hampir RM30,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Hanifah Daud, 58, berkata, penduduk Kampung Teladas kini bertambah ketakutan kerana kumpulan gajah liar itu semakin menghampiri rumah mereka.

Ujarnya, dalam kejadian terbaharu itu, kebun kelapa sawit, getah dan kelapa pandan yang dimasuki gajah liar berkenaan cuma kira-kira 100 meter dari penempatan penduduk. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI