fbpx

Bekas staf KD Sri Perak kongsi kisah kapal tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakar menunjukkan buku Tenggelamnya KD Sri Perak yang ditulis oleh salah seorang anak kapal di rumahnya Parit Kecil, Kampung Sungai Bunyi, Batu 35 di Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – “Kami diibaratkan seperti mati hidup semula setelah terapung selama 72 jam di lautan luas dan hanya meminum air hujan dan biskut kering sebagai pengalas perut sebelum bantuan tiba,” ujar Bakar Satiman.

Bakar, 66, merupakan antara anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang terselamat dalam kejadian kapal KD Sri Pe­rak yang tenggelam pada tahun 1984 di perairan Laut Cina Selatan di timur Malaysia.

Katanya, tragedi tersebut te­lah mengorbankan tiga anggota TLDM yang hilang dihanyutkan arus deras ketika mereka semua menyelamatkan diri apabila kapal KD Sri Perak mula tenggelam.

Menurutnya, KD Sri Perak dengan anggota seramai 29 orang dan tiga pegawai bertolak dari Pangkalan TLDM di Woodland Singapura ke Pulau Labuan bagi tujuan latihan dan operasi.

“Turut sama dalam operasi tersebut, kapal KD Hang Tuah (F76) serta KD Sri Terengganu (P3143) dan apabila sampai ke kawasan rumah api Horsburgh, laut mula bergelora setinggi 7 meter,” imbaunya kenangan 38 tahun lalu.

Jelasnya, ketika itu kapal tidak stabil dan hampir karam.

“Kami semua memakai jaket keselamatan melihat KD Sri Perak sudah tidak diselamatkan lagi.

Ketika dalam keadaan terapung di tengah lautan itu kata Bakar, paling menyedihkan apabila ada tiga orang anak kapal yang ha­nyut dan gagal diselamatkan.

Dalam kejadian itu, kata Bakar lagi, mereka diselamatkan selepas selepas 72 jam terapung oleh sebuah kapal dagang yang dikenali sebagai MV Thunderhead yang melalui kawasan kejadian sebelum dipindahkan ke kapal KD Mahawangsa.

Selepas kejadian itu, Bakar memberitahu, semua anak kapalnya agak trauma dan telah diarah bertugas di pangkalan selama dua hingga tiga bulan dan antara mereka memilih untuk bersara awal.

“Sesungguhnya pengalaman itu mengajar saya tentang erti pengorbanan dan tetap teguh dalam apa jua keadaan dalam bidang ketenteraan,” jelasnya ­sebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI