fbpx

Russia tuduh Ukraine cuba racun askar Kremlin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Penyelamat Kementerian Kecemasan Ukraine menghadiri latihan serangan senjata nuklear di bandar Zaporizhzhia. - AFP

MOSCOW – Russia menuduh Ukraine meracuni sebilangan anggota tenteranya yang berkawal berhampiran loji tenaga nuklear di Zaporizhzhia, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Kementerian Pertahanan Russia berkata, beberapa askar dibawa ke hospital tentera selepas menunjukkan tanda-tanda keracunan serius pada 31 Julai lalu.

Ujian menunjukkan kehadiran sejenis bahan toksik, toksin botulinum jenis B dalam badan mereka.

“Moscow sedang menyediakan bukti sokongan dengan keputusan semua analisis keracunan yang dialami (oleh askar) bagi membuktikan rejim Presiden Volodymyr Zelenskyy melakukan keganasan kimia,” ujar kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

Ia bagaimanapun tidak menyebut berapa ramai askar yang terjejas, keadaan terkini mereka atau apakah bukti sokongan itu.

Toksin botulinum jenis B adalah neurotoksin yang boleh menyebabkan botulisme sekiranya tertelan dalam produk makanan yang tercemar, namun ia juga boleh ditemui dalam bahan perubatan.

Sementara itu, Kiev menepis tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa keracunan yang dialami mungkin berpunca daripada tindakan anggota tentera memakan daging dalam tin yang telah tamat tempoh.

“Jabatan (Kementerian Pertahanan Russia) tidak menjelaskan sama ada keracunan itu mungkin disebabkan oleh daging dalam tin yang telah tamat tempoh, di mana toksin botulinum sering dijumpai.

“Catuan makanan termasuk penggunaan produk tamat tempoh telah banyak diadukan oleh tentera Ryssia sejak hari-hari pertama pencerobohan Ukraine,” kata Penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anton Gerashchenko. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI