fbpx

[KEMASKINI] VK Liew disahkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Vui Keong

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada pukul 11.50 pagi hari ini.

Ia disahkan pegawai beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Mendiang Liew Keong, 60, menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Terdahulu, anggota keluarga sebelum ini memohon diberikan ruang serta privasi berkaitan keadaan kesihatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) itu.

Menurut sumber, hanya keluarga sahaja akan memberikan sebarang kenyataan apabila tiba waktu yang bersesuaian.

“Semua perkara berkaitan Datuk VK, keluarga akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan pada waktu yang sesuai.

“Hingga saat ini kami berharap privasi mereka dapat dihormati,” katanya.

Berita mengenai kesihatan mendiang mula diperkatakan selepas terdapat beberapa pesanan di laman sosial yang meminta orang awam mendoakan Liew Keong yang didakwa berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan paru-paru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI