fbpx

Cadang tangguh pendaftaran bersemuka pelajar IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baharu dan lama ke kampus.

KPT dalam satu kenyataan akhbar berkata, semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

Katanya, keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar yang terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing.

“KPT juga mencadangkan kepada semua IPT supaya menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus,” katanya di sini hari ini.

Menerusi kenyataan itu juga, KPT prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI