fbpx

EPL: The Gunners ulangi rentak 19 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD (kanan) berjaya meledak dua gol ketika membantu Arsenal membenam Bournemouth 3-0 awal pagi semalam. – AFP

BOURNEMOUTH – Arsenal meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut ketika menewaskan Bournemouth 3-0 di Stadium Vitality awal pagi semalam.

Lebih manis, keputusan tersebut menyaksikan The Gunners memenangi ketiga-tiga perlawanan awal musim buat kali pertama sejak kali terakhir melakukannya pada kempen 2004/05.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta gembira dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya selepas dua jaringan Martin Odegaard dan satu gol William Saliba memastikan mereka berada di kelompok atas dengan sembilan mata.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, tetapi kami perlu ingat musim masih panjang. Apa yang penting adalah untuk pasukan sentiasa menampilkan aksi konsisten dan jaringkan gol dalam setiap perlawanan.

“Ini baru perlawanan ketiga, jadi masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk menjadi pasukan lebih baik. Semua pemain tidak boleh rasa terlalu selesa biarpun kami bermain baik setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui mereka masih memantau pasaran perpindahan pemain bagi membawa masuk sekurang-kurangnya seorang lagi pemain baharu bagi menggantikan Nicolas Pepe yang semakin hampir menyertai Nice.

“Saya tahu apa kekurangan dalam pasukan dan kami sedang berusaha untuk memperbaiki­nya. Kami hanya mahu dapatkan pemain yang boleh berikan impak besar kepada pasukan,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI