fbpx

Ajaran sesat: Bidang kuasa terletak pada negeri bukan Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris ketika menghadiri Program Jualan Amal di Markas Pas Sungai Tinggi, Trong hari ini.

BUKIT GANTANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad menegaskan sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana kumpulan ajaran sesat tertakluk dibawah bidang kuasa penuh jabatan agama Islam di peringkat negeri.

Beliau berkata, masih terdapat masyarakat yang terkeliru dan berpendapat bahawa perkara itu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

“Dalam banyak situasi berkaitan laporan mengenai ajaran sesat serta disyaki menyeleweng, Jakim hanya berperanan sebagai penyelaras dengan sumber kuasa bagi mengambil tindakan mengenainya adalah dibawah bidang kuasa agama negeri.

“Saya hendak ingatkan bahawa kita kena faham dalam isu agama sebegini berkenaan ajaran sesat dan tarikat, yang boleh bertindak dan mempunyai sumber kuasa adalah mereka dan Jakim hanya penyelarasnya supaya tidak ada yang keliru lalu menuding jari menyalahkan pihak Jakim,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Jualan Amal di Markas Pas Sungai Tinggi, Trong di sini hari ini.

Idris berkata, segala aduan berkenaan ajaran sesat itu akan dimaklumkan kepada jabatan agama negeri untuk diambil tindakan.

Menurut beliau, selain penyelarasan, Jakim turut bertindak menangani ancaman ajaran yang menyeleweng melalui beberapa medium platform lain ataranya melalui khutbah, kursus diberikan kepada guru takmir serta forum terbuka yang membabitkan kehadiran orang ramai.

Beliau menasihatkan mana-mana individu muslim yang ingin mendalami ilmu agama supaya mencari guru berlandaskan syariat agar akidah tidak terpesong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI