fbpx

Pelajar teruja, lebih fokus ikuti PdP konsep digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RADZI (kiri, depan) beramah mesra dengan pelajar yang menggunakan kaedah digital dalam pembelajaran mereka.

PUTRAJAYA – Rata-rata pelajar menzahirkan perasaan teruja dan seronok ketika mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menggunakan kaedah digital sekali gus membolehkan ilmu yang disampaikan guru diterima dengan lebih baik.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1), Noor Akmar Jais berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pelajar sepanjang mengikuti kelas tersebut khususnya apabila dibekalkan peranti elektronik baharu untuk kegunaan mereka.

“Apabila dibekalkan peranti baharu dan tidak digunakan ia menjadi satu pembaziran, oleh itu, ketika Covid-19, guru sekolah kami sudah bersedia untuk gunakan kaedah digital dalam pembelajaran masing-masing.

“Pelajar juga jadi bersemangat mengikuti PdP lebih-lebih lagi apabila mereka boleh mencari maklumat di hujung jari selain dapat meneroka secara meluas tentang sesuatu topik,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Noor Akmar juga menyifatkan guru-guru di sekolahnya juga bersedia untuk melaksanakan kelas secara hibrid memandangkan telah didedahkan dengan konsep tersebut dengan lebih awal.

“Memandangkan sekolah ini sudah mula awal dengan konsep itu, jadi guru-guru telah selesa untuk melaksanakannya. Jadi, kami boleh meneroka lebih jauh seperti mengadakan kelas hibrid silang bersama guru sekolah lain.

“Mengikut perancangan, saya juga bercadang untuk bekerjasama dengan guru dari luar negara untuk mengikuti kelas hibrid seterusnya memberikan lebih kesegaran kepada pelajar sepanjang PdP,” jelasnya.

Ketika ini, sebanyak 110 buah sekolah melibatkan 550 kelas di seluruh negara terpilih untuk dijadikan kelas hibrid yang mana bakal menyediakan capaian internet pantas untuk kegunaan pelajar serta guru.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI