fbpx

Oleksandr Usyk tundukkan Anthony Joshua kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USYK (kanan) berjaya mengekalkan kemenangan ke atas Joshua apabila diumumkan sebagai pemenang menerusi majoriti juri pada aksi di Jeddah Superdome pagi semalam. – AFP

JEDDAH – Oleksandr Usyk mempertahankan tiga kejua­raan heavyweight selepas menewaskan Anthony Joshua menerusi keputusan majoriti pada pertarungan yang berlangsung di Jeddah Superdome pagi semalam.

Meskipun Joshua mendapat mata 115-113 daripada seorang juri, namun ia masih belum mampu menghalang kemena­ngan kedua Usyk ke atas petinju Great Britain itu apabila mendapat keputusan 115-113, 116-112.

Sebaik sahaja mempertahankan tiga kejuaraan tersebut selain mengekalkan rekod tanpa kalah 20-0, Usyk tanpa melengahkan masa terus mencabar juara dua kali heavyweight dunia, Tyson Fury.

“Saya yakin Tyson Fury masih belum bersara. Saya juga percaya dia mahu bertarung dengan saya, sama seperti yang saya impikan. Jika tidak dapat bertarung de­ngan Tyson Fury, saya tidak akan kembali ke gelanggang,” katanya.

Cabaran yang dilontarkan petinju dari Ukraine itu nyata mendapat respons daripada Fury apabila dia menyatakan kesediaan untuk bertarung dengan Usyk dan merampas kejuaraan heavyweight.

“Saya boleh ‘kerjakan’ mereka berdua dalam satu pertarungan sahaja. Sila dapatkan buku cek anda (Usyk) kerana Gypsy King akan terus berada di sini buat selama-lamanya,” ujar Fury menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Usyk mende­dikasikan kemenangan tersebut kepada seluruh rakyat Ukraine yang berdepan kesukaran mempertahankan tanah air selepas Rusia menjalankan operasi ketenteraan ke atas mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI