fbpx

Projek sekolah terbengkalai siap Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) ketika meninjau perkembangan projek pembinaan SMK Bertam Putra di Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Putra di Kepala Batas di sini yang terbengkalai sejak lebih dua tahun lalu dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ketika ini projek bernilai RM27 juta itu telah 85.9 peratus siap dan kontraktor yang terlibat juga telah diberikan tarikh akhir untuk menyiapkan projek berkenaan.

Menurut beliau, disebabkan kelewatan berkenaan juga, projek pembinaan sekolah itu kini dikategorikan sebagai antara projek ‘sakit’ di negeri ini.

“Sebenarnya, kelewatan pembinaan projek membabitkan institusi pendidikan seperti sekolah ini boleh memberikan tekanan yang kuat kepada pembangunan modal insan setempat.

“Bayangkan projek-projek perumahan, pertumbuhan penduduk tak seiring dengan pertumbuhan atau pembangunan institusi pendidikan hingga menyebabkan berlakunya lambakan (pelajar).

“Pelajar-pelajar ini juga terpaksa pergi ke sekolah lain di Bertam Perdana, Bertam Indah dan Kepala Batas hanya kerana sekolah ini tak siap. Maka, sebab itulah kita ada perancangan yang betul dan seimbang,” katanya kepada pemberita ketika meninjau perkembangan projek sekolah berkenaan di Bertam Putra, di sini hari ini.

Selain projek pembinaan sekolah tersebut, terdapat sekurang-kurangnya satu lagi projek ‘sakit’ dan empat projek lewat atau terbengkalai di negeri ini.

Difahamkan, projek pembinaan SMK Bertam Putra bermula sejak bulan April 2018 dan sepatutnya siap kira-kira dua tahun kemudian, namun tertangguh akibat beberapa kekangan tertentu.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, antara kekangan itu termasuk pelaksanaan sekatan pergerakan atau perintah kawalan pergerakan (PKP), kesukaran untuk mendapatkan pekerja asing, kegagalan kontraktor melakukan pengubahsuaian dan sebagainya.

“Ketika ini, apa yang penting adalah kerja (projek terbengkalai) selesai dan tiada nama (kontraktor) yang ‘blacklisted’ (disenaraihitamkan). Saya juga tak mahu projek-projek ini ‘diterminate’ (disingkirkan). Apabila ‘diterminate’ nak kena ‘retender’ (tender semula) susah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI