fbpx

Pukul anak OKU guna penyapu, bapa dan teman wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki dan teman wanitanya ditahan polis dalam kejadian kes dera anak perempuan yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) di rumahnya di Lembah Jaya Selatan, Taman Sri Intan Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan tersebut melibatkan bapa mangsa yang berusia 60 tahun dan teman wanitanya berusia 47 tahun.

Menurutnya, kejadian itu didedahkan apabila pegawai perubatan Hospital Ampang menerima seorang pesakit wanita OKU berusia 31 tahun yang dibawa oleh ambulans.

“Hasil rawatan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan seperti lebam di bahagian mata kanan disyaki dipukul serta ditumbuk.

“Berikutan itu, pada pukul 8.30 malam, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh bersama teman wanitanya yang tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya turut merampas beberapa objek seperti kayu penyapu, penyangkut baju dan kayu mop dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Jelasnya, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan ujian air kencing adalah negatif.

“Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 24 Ogos. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI