fbpx

KPT cadang tangguh kemasukan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal pelajar baharu dan lama ke kampus terbabit.

KPT dalam satu kenyataan berkata, semua urusan pendaftaran pelajar berkenaan boleh dilaksanakan secara dalam talian termasuk sesi pengajian sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

“Keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak dan bagi pelajar yang berada di kampus, mereka boleh kekal berada di situ.

“Pihak IPT juga diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar tersebut termasuk pertanyaan berkaitan pergerakan pulang pelajar ke kampus,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, KPT juga mencadangkan kepada semua IPT supaya menangguhkan semua bentuk program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI