fbpx

[KEMASKINI] Mayat pemuda lemas dijumpai di Tanjung Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT pemuda yang lemas ditemui anggota bomba dan nelayan di perairan Tanjung Karang berdekatan Tanjung Asam, Gertak Sanggul di sini pagi tadi.

BALIK PULAU – Mayat seorang pemuda dijumpai di perairan Tanjung Karang berdekatan Tanjung Asam, Gertak Sanggul di sini tadi selepas 19 jam dilaporkan lemas sejak petang semalam.

Mayat, S. Thanaseelan, 20, ditemui pasukan bomba bersama sekumpulan nelayan pantai kira-kira pukul 9.25 pagi tadi.

Seorang nelayan, Mohamad Fadli Othman, 34, berkata, dia bersama rakannya telah menemui satu objek dalam keadaan terapung di permukaan air kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa lemas.

“Ketika itu, anggota bomba turut berada di lokasi berkenaan. Mayat mangsa akhirnya ditemui dengan berseluar jeans dan tanpa baju.

“Mayat tersebut kemudiannya dibawa dengan bot pasukan bomba ke Tanjung Asam untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Jelasnya, operasi mencari mangsa yang lemas turut melibatkan lima lagi bot nelayan Teluk Kumbar.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan operasi mencari dan menyelamat seorang pemuda yang dikhuatiri lemas semalam disambung semula pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, mangsa dikatakan telah dibawa arus ketika sedang bermandi-manda bersama rakannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI