fbpx

Dua lelaki ditahan bersama dadah RM1.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED Mokhsein (tengah) menunjukkan sebahagian dadah jenis ketamin seberat kira-kira 19.6 kilogram bernilai RM1.1 juta yang dirampas selepas menahan dua lelaki tempatan di Kampung Baru Salak Selatan kelmarin.

Oleh EDDY HAMIDI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 43 paket plastik mengandungi dadah jenis ketamin bernilai RM1.1 juta dirampas selepas polis memeriksa sebuah kereta di Kampung Baru Salak Selatan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kira-kira pukul 4.30 petang Rabu lalu, anggota dari Balai Polis Salak Selatan Baru sedang melakukan rondaan cegah jenayah dan terlihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang membuka but sebuah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara.

“Sebaik menghampiri kedua-dua suspek, salah seorang daripada mereka cuba melarikan namun berjaya ditahan dan pemeriksaan ke atas kereta itu telah menemui sebanyak 43 peket plastik mengandungi dadah jenis ketamin seberat 19.6 Kilogram (kg).

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek pertama berusia 18 tahun mempunyai satu rekod lampau berkait kes dadah manakala suspek kedua berusia 28 tahun mempunyai tiga rekod lampau dadah dan satu kes curi.

Beliau berkata demikian pada pemberita dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Cheras di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek warga tempatan itu tidak bekerja dan merupakan kawan rapat, ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis ganja, amphethamine juga methamphetamine.

“Pemilik kereta Perodua Kembara itu juga telah kami kenal pasti dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dilakukan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat penglibatan individu lain serta punca bekalan diperolehi,” ujar beliau.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 7 Oktober ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI