fbpx

Penuntut UPNM maut, tiga rakan cedera nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kerete Perodua Kancil dinaiki penuntut UPNM yang maut dalam kemalangan di Kilometer 46, Jalan Ipoh-Taiping dekat Kota Lama Kiri semalam. - FOTO JBPM PERAK

KUALA KANGSAR – Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut manakala tiga rakannya cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabit nahas di Kilometer 46, Jalan Ipoh-Taiping dekat Kota Lama Kiri di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 11.50 malam itu mengorbankan penumpang hadapan kereta jenis Perodua Kancil, Muhammad Ali Ihsan Dzulkeflee, 22, di tempat kejadian.

Difahamkan, Muhammad Ali Ihsan dan rakannya merupakan Pelajar UPNM yang sedang menjalani latihan praktikal di lokasi berbeza di Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika kejadian kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa dan tiga rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju Sungai Siput.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, sebuah Toyota Vios dipandu lelaki berusia 41 tahun yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Toyota Vios itu kemudiannya melanggar tiang di bahu kiri jalan di hadapan laluan kereta mangsa sebelum berpusing masuk ke tengah jalan.

“Pada masa sama, kereta Perodua Kancil yang sedang mara di laluan sahnya tidak sempat mengelak lalu merempuh Toyota Vios tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala tiga rakannya masing-masing patah kaki dan tangan selain luka dan lebam di beberapa bahagian badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI