fbpx

Operasi mencari pemuda dikhuatiri lemas disambung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Maritim Malaysia ketika menjalankan operasi mencari seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di pantai Tanjung Asam, Gertak Sanggul di sini hari ini.

BALIK PULAU – Operasi mencari dan menyelamat seorang pemuda yang dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda bersama rakannya di pantai Tanjung Asam, Gertak Sanggul di sini semalam disambung semula pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pencarian yang masuk hari kedua hari ini melibatkan empat sektor dengan keluasan pencarian 13.45 batu nautika persegi.

Menurutnya, operasi tersebut membabitkan agensi dari Polis Marin Batu Uban, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bagan Jermal JBPM juga turut ditugaskan untuk menyelam di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, mangsa, S. Thanaseelan, 20, dilaporkan hilang dibawa arus semasa sedang bermandi-manda bersama rakannya di pantai terbabit.

Ketika kejadian, cuaca dilaporkan hujan renyai di beberapa kawasan termasuk di Gertak Sanggul, Bayan Lepas dan Teluk Kumbar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI