fbpx

Kane muncul penyelamat Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) meledak gol tunggal perlawanan dalam kemenangan 1-0 Spurs ke atas Wolves pada aksi EPL sebentar tadi. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Kemenangan tipis di Stadium Tottenham Hotspurs itu sudah cukup untuk memastikan Spurs terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan setakat ini.

Skuad bimbingan Antonio Conte itu sebenarnya dilihat lebih bernasib baik membawa pulang tiga mata berdasarkan jumlah percubaan yang dilakukan mereka sepanjang 90 minit.

Namun, ketumpulan penyudah jentera serangan Wolves menyelamatkan gawang Spurs yang terpaksa menunggu sehingga minit ke-64 untuk menjaringkan gol menerusi penyerang prolifik England, Harry Kane.

Kapten Spurs itu menanduk masuk hantaran daripada pemain yang dibawa masuk dari Inter Milan musim ini, Ivan Perisic sekali gus menjadi jaringan tunggal perlawanan tersebut.

Keputusan 1-0 itu juga menyaksikan Spurs kembali ke landasan kemenangan selepas minggu lalu seri 2-2 dengan Chelsea di Stadium Stamford Bridge.

Situasi berbeza pula buat Wolves yang terus ditimpa malang apabila masih gagal mencatat kemenangan dalam tiga aksi selepas terdahulu seri tanpa jaringan dengan Fulham dan tewas 1-2 di tangan Leeds United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI