fbpx

Enam pasangan kekasih bermotosikal bersama ditahan JHEAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada enam pasangan kekasih yang ditahan JHEAT kerana menaiki motosikal bersama di Jalan Kelulut, Marang malam kelmarin

MARANG – Enam pasangan kekasih yang menaiki motosikal bersama ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Jalan Kelulut di sini kelmarin.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, kesemua 12 individu yang ditahan dalam Ops. Bonceng dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu tersebut berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun.

Beliau berkara, operasi selama dua setengah jam berakhir pukul 11.30 malam itu bertujuan mencegah perbuatan tidak bermoral dalam kalangan rakyat Terengganu.

“Membonceng motosikal bersama lelaki dan perempuan tanpa sebarang ikatan kekeluargaan dan perkahwinan adalah satu kesalahan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

“Ia dianggap salah satu perbuatan tidak sopan di tempat awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Adnan berkata, kesemua enam pasangan itu telah diberi notis arahan hadir bagi sesi khidmat nasihat di Pejabat Agama Islam Marang di sini.

Tambah beliau, mereka berhadapan hukuman mengikut Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 200.

“Jika sabit kesalahan, denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI