fbpx

Rajapaksa mahu pulang ke Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajapaksa dilaporkan bakal pulang ke Colombo pada Rabu ini selepas lebih sebulan melarikan diri ke luar negara. - Daily News

BANGKOK – Bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang kini ‘menumpang’ di Thailand dikatakan sedang bersiap sedia untuk pulang ke tanah airnya di Colombo, lapor laman berita Thaiger  kelmarin.

Berita mengenainya disiarkan selepas beliau tiba di Thailand dari Singapura kira-kira seminggu lalu.

Rajapaksa pada mulanya melarikan diri ke Maldives selepas ‘dihambat’ keluar oleh 100,000 penunjuk perasaan yang mendesak beliau meletak jawatan.

Tidak lama selepas itu, Presiden yang digulingkan itu terbang ke Singapura di mana beliau diberikan kediaman sementara tanpa sebarang perbincangan tentang pengampunan atau penempatan jangka panjang.

Rajapaksa tiba di Thailand pada 11 Ogos lalu selepas visa Singapura tamat dan Bangkok mengesahkan akan menerima kehadirannya tanpa sebarang permohonan visa.

Polis menasihati Rajapaksa untuk kekal berada di hotelnya  yang terletak di tengah Bangkok kerana faktor  keselamatan memandangkan ramai penduduk tempatan menentang ketibaan beliau dari Thailand.

Pemimpin itu merancang untuk pulang ke negara asalnya pada Rabu depan bersamaan  24 Ogos 2022, demikian menurut laporan Sri Lanka News First minggu ini.

Sesetengah media Asia Selatan mendakwa bahawa Rajapaksa juga telah memohon kad hijau untuk bermastautin di Amerika Syarikat (AS).

Situasi politik dan ekonomi Sri Lanka menjadi huru-hara pada April lalu selepas negara itu kehilangan bekalan elektrik selama 13 jam, gangguan bekalan paling lama pernah direkodkan.

Sejak itu, negara tersebut gagal membayar bagi import  barangan keperluan seperti bahan api ubat  dan barangan keperluan lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI