PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda sejak petang tadi menyebabkan kawasan di Sri Muda dekat sini dinaiki air setinggi satu kaki.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, air mulai naik sejak pukul 5.15 petang.
“Setakat ini, kita telah menggerakkan 11 anggota bersama dua bot sebagai langkah awal sekiranya banjir menjadi lebih teruk.
“Buat masa ini, tiada mangsa, perpindahan mangsa atau kenderaan yang ditenggelami air namun kita mengambil langkah awal dengan tiba di lokasi sekiranya berlaku apa-apa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE