fbpx

China buat ujian Covid-19 terhadap ikan, ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang menunjukkan petugas kesihatan yang lengkap memakai PPE mengambil sampel ujian calitan Covid-19 dari seekor ikan dan ketam. - SCMP

BEIJING – Jabatan kesihatan di China  meningkatkan lagi pengawasan terhadap penularan Covid-19 dengan melakukan  calitan kit ujian pantas terhadap makanan  laut seperti ikan dan ketam, lapor akhbar The Indian Express semalam.

Kawalan ketat ke atas semua makhluk bernyawa yang memasuki Tanah Besar China itu susulan lonjakan kes virus tersebut di wilayah Xiamen yang memaksa lima juta penduduknya  menjalani saringan Covid-19 baru-baru ini.

Rakaman video yang dikongsi  akhbar South China Morning Post (SCMP) di Twitter menunjukkan pihak berkuasa yang memakai sut perlindungan diri (PPE) memasukkan putik kapas ke dalam mulut ikan dan menyapu kulit ketam.

Video itu menjadi tular di media sosial China sehingga mencetuskan perbincangan hangat. 

Walaupun sesetengah pengguna mengejek pihak berkuasa kerana membuat ujian Covid-19 ke atas kehidupan laut, sebahagian  yang lain menyokongnya dan berkata, pemeriksaan itu perlu dilakukan untuk menjamin  kesejahteraan masyarakat.

“Apakah langkah seterusnya? Bina kemudahan kuarantin untuk ikan-ikan yang diuji positif?.

“Tindakan ini melebihi tahap kegilaan yang boleh diterima akal,” demikian komen netizen di laman sosial.

Namun, kritikan tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada pihak berkuasa yang yakin tindakan tersebut relevan demi mematuhi strategi  sifar Covid-19 yang menjadi prinsip pemerintah komunis China.

“Langkah kawalan wabak perlu dipatuhi. Semua pekerja maritim luar pesisir mesti diberi vaksin sebelum berlayar.

“Nelayan mesti diuji sekali sehari semasa berada di laut. Apabila mereka pulang dari laut, kedua-dua nelayan dan makanan laut mesti diuji,” tulis kenyataan Jawatankuasa Kawalan Pandemik Maritim Jimei yang dipetik SCMP dalam video itu.

Menurut laporan Bloomberg, ujian besar-besaran itu dilakukan berikutan wabak yang semakin teruk di Pulau Hainan yang mencetuskan spekulasi pemerintah bahawa puncanya berasal dari kedai menjual ikan.

Penyelidik di China mendapati bahawa virus Covid-19 boleh hidup dalam makanan sejuk beku, pembungkusan dan produk rantaian sejuk. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI