fbpx

Pegawai polis minta bantuan bomoh cari suspek kes bunuh digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang pegawai polis di India meminta bantuan bomoh untuk mengesan suspek kes bunuh remaja perempuan. - The Quint

NEW DELHI – Seorang pegawai polis di Chhatarpur, negeri Madhya Pradesh digantung tugas apabila tindakannya meminta bantuan bomoh untuk membongkar kes bunuh seorang remaja perempuan diketahui oleh pihak atasan, lapor laman Gulf News semalam.

Arahan penggantungan tersebut dikeluarkan selepas sebuah klip video memaparkan pegawai berkenaan meminta bantuan seorang bomoh untuk menjejaki suspek pembunuh tular di media sosial.

“Terdapat beberapa nama dalam senarai ini dan saya akan mengambil beberapa nama. Nama yang tiada dalam senarai anda adalah tertuduh utama,” demikian kata-kata bomoh kepada pegawai tersebut.

Pada 28 Julai lalu, seorang gadis berusia 17 tahun dibunuh dan kes mangsa dikendalikan oleh balai polis Bamitha di daerah Chhatarpur.

Selepas video meminta bantuan  bomoh itu muncul di media sosial, orang ramai mula mempersoalkan sistem penyiasatan  polis yang menyebabkan pegawai tersebut diarah gantung  tugas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI