fbpx

Usahawan, fokus ‘orang’ yang betul!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBARAT seorang penembak tepat, usahawan perlu fokus kepada sasaran yang betul. - Gambar hiasan

MINGGU lalu, saya berkongsi dengan anda supaya fokus memberi manfaat dan abaikan haters.

Tahukah anda usahawan bagaimana yang ada haters? Mereka orang yang berjaya, atau tindakan betul yang buat sangat berkesan hingga timbulkan rasa tak senang orang lain.

Beberapa legenda yang saya kongsikan sebelum ini juga tidak terkecuali mempunyai haters.

Sebab itu anda jangan salah fokus kerana ia akan mengganggu dalam usaha mengembangkan dan membina bisnes yang berjaya.

Saya ulang sekali lagi, fokus kepada ‘orang’ yang betul!

Ini sangat berkaitan dengan formula SIAPA yang pernah saya kongsikan kepada anda dalam tulisan pada Januari lalu. Formula SIAPA ini saya keluarkan berdasarkan panduan & ilmu yang terbukti sudah membantu ramai usahawan jutawan terutama dalam soal pemasaran.

Tapi kali ini, saya fokus kepada soal sasaran dan isu.

Anda sebagai bangsa usahawan perlu jelas dengan ‘orang’ yang betul iaitu sasaran anda, pelanggan macam mana yang anda mahukan dan di mana mereka berada.

Kemudian dari segi isu, sesetengah usahawan sebenarnya tak jelas dengan isu yang dihadapi oleh bakal pelanggan mereka.

Anda perlu ketahui apakah ‘orang’ itu punya keperluan, kemahuan mereka dan apa yang  mereka nak capai.

Contohnya dalam industri fesyen, ada saja orang yang tak tahu pilih kain sesuai dengan bentuk badan mereka, atau corak dan warna yang berpadanan.

Jadi tugas anda untuk bantu mereka.

Ingat, bisnes wujud bila ada masalah, tapi sayangnya anda pula tak bantu untuk menyelesaikannya.

Saya bagi contoh mengenai syarikat Apple. Mereka tidak memegang majoriti bahagian pasaran bagi barangan elektronik dan gajet, cuma sekitar 18 peratus pada suku pertama 2022 tapi mereka masih mampu menjana jualan bertrilion ringgit.

Adakah Apple memegang majoriti bahagian pasaran? Tidak, senang kata daripada 100 orang hanya 18 orang yang menggunakan produk mereka.

Syarikat itu fokus kepada siapa sasaran mereka dan orang macam mana yang mahu dijadikan sebagai pelanggan.

Cuba fikirkan berapa kali dalam bisnes, anda sibuk melayan orang yang salah sehingga membuang banyak tenaga dan masa dengan orang yang salah; atau membuang banyak duit untuk menarik orang yang salah?

Jangan buang masa, tenaga dan duit anda. Contohnya bagi saya ialah apa saja yang dicakapkan haters dan orang yang tak suka. Saya jelas dengan result matters.

Jelas dengan apa saya lakukan dalam melahirkan ramai usahawan yang kebanyakannya bumiputera hingga mampu transformasi kehidupan serta membina bisnes berjaya.

Jika anda memahami perkara ini, insya-Allah bisnes lebih mudah berkembang dan mampu pergi lebih jauh lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI