fbpx

Emma Raducanu mula nikmati aksi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU mengakui sudah kembali menikmati aksi sebenar biarpun gagal mara ke suku akhir pada Terbuka Cincinnati. – AFP

OHIO – Bintang tenis Great Britain, Emma Raducanu meng­anggap perjalanannya pada Terbuka Cincinnati sebagai langkah terbaik dalam persediaannya untuk mempertahankan gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Biarpun gagal ke suku akhir, tetapi Raducanu, 19, tetap berpuas hati dengan prestasinya selepas tewas 5-7, 4-6 kepada pemain No.8 dunia, Jessica Pegula di pusingan ketiga baru-baru ini.

Bagi Raducanu, banyak perkara positif ditunjukkannya sepanjang saingan di Pusat Tenis Linder Family di Ohio itu terma­suk menewaskan Serena Williams dan Victoria Azarenka pada dua pusingan awal.

“Inilah kejohanan pertama atau salah satu pertandingan dalam tahun ini yang saya dapat menikmati setiap pukulan saya. Sudah tentu saya gembira de­ngan situasi ini menjelang aksi penting saya selepas ini.

“Saya anggap ini adalah langkah yang hebat sebelum turun ke Terbuka AS. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan elakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan mudah,” kata pemain No.13 dunia itu.

Karier Raducanu tidak berjalan seperti diharapkan sejak dia mencipta sensasi menjuarai Terbuka AS tahun lalu dengan menewaskan seorang lagi bintang muda dari Kanada, Leylah Fernandez 6-4, 6-3.

Dalam tiga saingan Grand Slam tahun ini, Raducanu hanya berupaya melangkah sejauh pu­singan kedua selepas tewas kepada Danka Kovinic (Terbuka Australia), Aliaksandra Sasnovich (Terbuka Perancis) dan Caroline Garcia (Wimbledon). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN