fbpx

SPRM tahan arkitek buat tuntutan palsu RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk perintah reman.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang arkitek petang semalam selepas disyaki membuat tuntutan palsu berkaitan sebuah projek pembangunan di Pantai Timur bernilai RM3 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan susulan penahanan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berhubung kes sama pada 16 Jun lalu.

“Lelaki tersebut ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

“Dia disyaki terlibat dalam tindakan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek keseluruhannya bernilai lebih RM300 juta sedangkan kerja-kerjanya tidak dilaksanakan,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, suspek kini telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 23 Ogos 2022 .

“Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI